C.I.N.T.A...belajarlah untuk melepaskannya sayang



assalamualaikum dan hye peeps :)
ari nie tk nk ckp sal isu pape..tapi yg specialnye iqa nk jadi doktor cinta !hoho..tajuk kite ari nie ialah cinta,belajarlah untuk melepasakn .

CINTA
ia bukan hanya perkataan semata2..bukan untuk dimiliki dan juga bukan untuk dipermainkan. Perkara yg sukar untuk org lakukan ialah melepaskan cintanya pergi. Perlu tahu jika kita sayangkan seseorang kita kena biarkan die pergi, if die tak kembali pada kamu die mmg ditadirkan untuk kamu dan jika tidak pernah kembali maknanya die bukan untuk kamu sayangkuh.

Sama ada cinta itu putus ditengah jalan atau dipisahkan dengan maut, haruslah diingat life must go on babe !! stop waiting for nothing ! jangan la seksa diri pulak kan ??haishh..
Ade jugak yg nak bunuh diri sebab cinta taw..atoto~
membunuh diri tu bukan jalan yg terbaik. lagipon bunuh diri tu kan dosa ! penat ibu mengandungkan kite kalo kite tak pndai nak hargai nyawe kite..
jalan yg boleh delakukan ialah :

1. memohon bantuan dari ALLAH SWT
2. banyakkan berdoa
3. berfikir secara rasional
4. cari teman lain untuk berbicara

kalo sayang lepasakanlah die, anggaplah jodoh kamu dan si die tak ada tapi insyAllah kalo die betol2 untuk kamu die pasti akan kembali jugak ! Cinta tu tak semestinya memiliki. Jangan sesksa ati tu. Bukan melepasakan secara drastik tapi perlahan2..
mudah-mudahan perasaan itu akan pergi jugak sama ade cepat atau lambat. Pesanlah pada ati untuk berjalan tanpa henti..insyAllah suatu ari nnti akan hadir insan yg sejati. Ingatlah yg CINTA KEPADA ALLAH itu lebih agung daripada cinta sesama manusia..



Setiap orang mempunyai pengalaman dalam bercinta
Bercinta dan berpisah
“Auchh sakitnya”
Tak semua orang boleh terima perpisahan
Kadangkala merasa serik untuk mencintai orang lain kerana terlalu sayangkan kekasih lama
Perpisahan itu menyakitkan
Menyintai itu adalah kebahagiaan

Namun
Bila kita berfikir secara positif
Sebenarnya
Mencintai itu lebih menyakitkan dari melepaskan cinta
Kerana
Bila kita mencintai seseorang
Lebih-lebih lagi disaat-saat hubungan dalam keretakkan
Sebelah pihak pasti akan terluka
Menunggu masa melafazkan ”PERPISAHAN”

Andai dalam percintaan bila kita merasa perubahan yang ketara dalam perhubungan
Kehambaran kemesraan
Bersedialah untuk melepaskan
Walau hakikatnya hati masih sayang
Memang bukan mudah melihat orang yang kita sayang berlalu pergi

Namun
Percayalah
Kebahagian dalam perpisahan itu lebih bermakna dari
Kekecewaan dalam mencintai
Sakit hati melepaskan
Namun lebih sakit lagi hati
Bila kita tidak dihiraukan
Apatah lagi pandangan dia terhadap kita telah pun kosong
Tiada lagi sayang
Berbaloikah kita menunggu orang yang sudah tidak sayang lagi dengan kita?

Kita tau kesudahan nya
Namun berkeras menidakkan
Terima lah hakikat bahawa hubungan tak mungkin akan kekal tanpa perasaan kasih dan sayang
Kerana percintaan akan kukuh dengan adanya kasih sayang
Tanpa kasih sayang
Cinta tak bermakna
Jangan pula kita menyalahkan dia bila kita tidak diperlukan lagi
Bukankah manusia tidak sempurna
Begitu juga dia

Mungkin kekecewaan yang kita rasa akan berganti kebahagiaan yang kita sendiri tidak sedar
Doakan dia bahagia
Kerana bila kita mendoakan kebahagiaan dia
Kita akan dibalas dengan kebahagiaan juga
Tanamkan dalam hati
“Aku bahagia,bila dia bahagia”
Kerana mencintai bukan bererti memiliki....