erti CINTA bg perempuan =)



Kita selalu beranggapan bahawa orang perempuan ini sangat sukar untuk memungkinkan bahagia. Kita rasa kita belum cukup kuat, untuk menyusur segala dugaan untuk menjadi yang terbaik itu. Kerana lelaki selalu beranggapan, cinta perempuan bagi mereka hanya sebuah cinta di pinggiran waktu.

Perempuan selalu lupa, dia sebenarnya terbaik dalam semua.

Apa ada dalam hati perempuan sebenarnya?

Perempuan seorang yang amat manja dan ingin dibelai. Tanya apa sukanya, mana perginya dan apa carinya. Kadang kala perempuan amat kecil hati bila langkahnya tidak pernah dipeduli atau perginya tidak pernah dicari...

Kerana dalam sejauh mana pun sang pengembara perempuan itu melangkah, dalam dirinya amat besar akan rasa cinta.

Perempuan amat hormatkan cintanya, andai cintanya juga dihormati. Dia memandang nikmat akan kehidupannya akan cantiknya satu suratan takdir.

Lelaki selalu berkata, bahawa sukar mencari seorang perempuan yang setia. Hakikatnya, setia sang perempuan bukan kerana harta benda dan rupa semata mata. Perempuan mahukan sebuah kehidupan bahagia.

Pimpin tangan perempuan kamu, lepaskan ciuman ringan dipipinya selalu, belai akan dirinya bagaikan kamu berkurun merindu dan hiasi hatinya dengan seloka cinta indah milikmu. Bulan indah itu menjadi milik kamu bila mana ada debar kuat menanti akan tirai malam yang berlabuh bisu.



Perempuan mahukan sebuah keluarga yang terisi akan sebuah kuasa zuriat dan cinta. Pandang mereka, seperti mana kamu meletakkan hormat tinggi pada sebuah nyawa yang paling berharga.

Kalau dia isterimu, jangan sesekali kamu tinggi akan suara, kalau dia kekasihmu kamu tanamkan padanya sebuah impian bahagia dan sekiranya dia tunanganmu, doakan agar kamu akan melangkah dengannya akan sebuah damai sehingga kehujung nyawa.

Jangan disukarkan akan segala dugaan yang melanda. Hidup kita ini sudah jauh dan cantik tersurat, kita harus yakin bahawa sekiranya itu mahu kita- doa dan letakkan satu harapan akan kukuh nilai cintanya.

Perempuan akan menangis, meratap dan akan menduga hati lelakinya. Kerana baginya kasih sayang itu akan hadir bila orang tersayang itu diduga dan memahami akan apa mahunya.



Jodoh kita, Allah tetapkan dalam suratan takdir sedari azali. Perempuan ialah insan terindah yang menghias hati dan pandangan. Kita orang perempuan harus bersyukur kerana dalam apa pun yang rasa kita takluki, kita masih insan yang mahu disayangi.

Sayangilah perempuan kamu,kerana dia menghias akan tirai malammu. Lelaki, pandanglah suci dan putih hati perempuanmu. Walau siapa pun dia dihatimu kini, ingatlah perempuan itu pernah tinggi kamu curahkan cinta padanya berkali-kali.

Suluhlah sayang pada perempuan milikmu, biar pun ia hampir mati akan rasa cinta yang semakin terpinggir. Katakan cinta kamu padanya, biar pun kamu berusaha teramat untuk mencari ia agar hadir semula.

Cinta itu tidak buta
kata ibuku pada suatu ketika
cinta itu tidak mati
kata hati di suatu hari
cinta itu tidak malu
kerana aku pernah merindu
cinta itu tidak pergi
di suatu masa ia akan tetap kembali...


Perempuan, kamu ialah bahagia bagi semua yang pernah mengenal dan mahukan akan cinta. Tulus hati kamu, tiada pernah luluh di pusaran masa. Hadirkan sayang kamu, kerana kamu yang terbaik dalam semua. Cintalah lelaki kamu, andai kamu itu akan miliki dirinya.