pose datang lagi =)



Alhamdulillah……seluruh umat Islam di Malaysia pasti baru selesai bersahur awal pagi tadi. Bermulalah peperangan kita sebagai umat Islam pada hari pertama puasa sehingga tibanya waktu berbuka puasa nanti di sepanjang bulan Ramadhan kali ini (Waktu puasa adalah dari terbit fajar shadiq (waktu subuh) sampai terbenam matahari : waktu maghrib)
Bersahur pun adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)
Nampak? Yang mana terlepas atau malas nak bangun bersahur pagai tadi, boleh mulakan azam pada hari kedua Ramadhan pula ya…..Insyaallah.
Niat Puasa (Esok Hari)


Niat Puasa (Sebulan Ramadhan)


Niat Berbuka Puasa