berBAHAGIAlah wahai si PECINTA :)



* Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

* Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

* Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya

* Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu

* Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu

* Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu

* Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu



* Yang indah hanya sementara

* Yang abadi adalah kenangan

* Yang ikhlas hanya dari hati

* Yang tulus hanya dari sanubari

* Tidak mudah mencari yang telah hilang

* Tidak mudah mengejar impian

* Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada

* Kerana walaupun digenggam terlepas juga



* Ingatlah kata pepatah: “Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”

* Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif

* Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas

* Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki

* Apalagi yang mahu diperebutkan

* Apalagi yang mahu disombongkan

* Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani



* Jangan terlalu berhitung

* Jangan hanya mahu menang sendiri

* Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

* Belajarlah tiada hari tanpa kasih

* Selalu berlapang dada dan mengalah

* Hidup sentiasa ceria dan bebas

* Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan

* Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan

* Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan

p/s :Maafkan masa lalumu..
Tawakkalkan Masa depan mu..
Nikmati saat ini..
Memang memaafkan takkan mengubah masa lalu mu..
tetapi ia dapat memperindahkan hari ini..esok…esok...& esok.