mama ayah, U'RE MY EVERYTHING :')

assalamualaikum


walau siapapun kita,
walau sehebat manapun kita,
walau berjaya setinggi langit pun,
tetapi tanpa DOA dan RESTU si ibu yg melahirkan kita,
maka tiadalah keberkatan hidup..

entry kali nie juz for you mama and ayah.
I LOVE BOTH YOU ! mmuuaahx
sorii :(

to uolss,
kowg hayati puisi nie k? enjoy ^.^



Bila mama kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat

Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu

Bila mama minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang

Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah

Bila hati kita terguris, kita kata… “MAMA memang tak pernah faham

Bila hati kita terhiris, kita kata… “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi…

Bila hati mama kita pula kita guris, mama kata… “Tak apa, dia masih muda…”

Bila hati ayah kita juga hiris, ayah kata… “Tak mengapa, belum sampai akalnya…”

Bila kita menangis tanda lapar, mama berlari hingga bagai hilang kaki…

Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena

Bila kita sedih kerana gagal, mama setia membekalkan cekal…

Bila kita pilu kerana kecewa, ayah tetap teguh berkata dia tetap bangga…

SubhanaALLAH!

Tidakkah engkau masih tidak sedar wahai anak? Berdoalah buat kesejahteraan mereka dunia akhirat setiap solat, BERDOALAH! Pandang mereka dengan kemuliaan kerana itu buat kamu tenang…

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” (Surah Al-Isra’, ayat 23)