memaafkan tapi masih terluka ='(

assalamualaikum


Lately sgt sgt sgt stress!
i dunno why, hidup tak tenteram.
finale dh nk dekat,
dis month mmg kne struggle skit !
quiz byk lagi yg belom sttle,
assgmnt, presentation !
damnnn !
nak mengadu kat spe pon tak taw:'(

kenape lah sume mnde alah nie nk kne tggung sowg2 !
tapi nak tak nk,
kne kuat hadapi pape pon dugaan yg dtg !
Allah sedang uji kesabaran saya mungkin..
hurm,
entry kali ni juz nk share lil bit psl kemaafan.
enjoy peeps :)

minta MAAF ?
senang je kan nk mntak maaf,
sbb juz kua dr mulut tapi hati ? haihh

Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah..
Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa.
Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah MENGAIBKAN atau MENJATUHKAN AIR MUKA seseorang itu.

iqa rase, apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi dendam anda.

Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?


NO PROBLEM darls,
Ambillah sebanyak mana masa yang kowg mahu.
but, jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa kowg membara-bara dengan melihat wajahnya.
Ingat sahabat, orang yang bersalah, apabila datang kepada anda untuk memohon maaf dan anda memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan anda telah selesai. Selebihnya, urusan anda dengan ALLAh Taala pula.



Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!

Bagi iqa sendiri,
sekiranya hati kowg masih belum reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang si A yang telah membuat hati anda sakit dan marah untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu anda belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka berkatalah padanya,

“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”


Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana anda tahu, anda meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai manusia lain. Maka dalam masa itu, anda akan cuba belajar untuk memaafkan.

Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.

“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]

Jangan mudah melafazkan kata memaafkan seandainya hati tidak berkata sedemikian!



Actually, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam dan sakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya. Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa. MashaAllah.




Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlah muslim yang terpuji.

Justeru, iqa kira orang pemaaflah yang paling kuat. Kenapa?

Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana ALLAh Ta’ala.

Rasulullah SAW pernah bersabda.

“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari

Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup. Astaghfirullah~

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – an Nuur : 22

Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Sebab itu Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAh untuk diturunkan bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.

MashaAllah. Tabarakallah~

Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang itu. Jangan memberi kemaafan tatkala masih berdendam. Kerana, ada perhitungan ALLAh Ta’ala untuk itu!

p/s : someone told me once, memaafkan seseorang yg telah melakukan perkara buruk pada kite adalah jalan yg terbaik,because the more you forgive, the more she/ he suffer ! tu janji Allah.