how can i FORGIVE when it HURTS so much

assalamualaikum


hye peeps :)
sehat ??
ari nie iqa nak share sumthing
entry kali nie bout FORGIVENESS !
tak taw nape tetibe nak buat pasal diz.
juz wanna to share,
hope kowg enjoy kayh :)


kowg taw tak ?

MEMAAFKAN kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!

Yapp, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku..
Ia sangat mencabar..
Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita..
buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita.



“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-

Kata-kata ini seringkali kita dengar.
Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? Hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak uolss ?

Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa.
Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang KAWAN yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!




Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan.
Kenapa?
Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.

Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan,
seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi.
Namun dengan amalan berterusan,
Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..
kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.
Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.
Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?
Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?




Yappp, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain.
Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil.
Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.

Kesimpulannya,
jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar,
bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?

mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan,
tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut.
Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.




p/s : ku berikan hati ku pada D.U.N.I.A,,
dunia menipu, mempersenda, meletakkan aku dilembah kehinaan

ku berikan hatiku pada M.A.N.U.S.I.A,,
manusia memperguna, menghancur lumatkan dan menfitnahku

ku berikan hatiku pada ALLAH,,
hatiku dibelai, disayangi, dilindungi ,
lembut, syahdu & mengasyikkan.. SubhanAllah,aku CINTA Allah ♥