jum puase esok nak ? huhu

assalamualaikum

tak jawab dose, kalo jawab sayang




dah bace tajuk entry iqa kali nie,
mzty kowg dah taw ape yg iqa maksudkan rite?
ke ade yg msih confius lagi ?
okay,
meh iqa nak cite, nape iqa ajak uolss puase esok.

esok pada tarikh 6 disember bersamaan 10 muharram
merupakan HARI ASYURA..
menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Antara Peristiwa BESAR pada 10 Muharram ialah :

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Hari Allah menjadikan ‘Arasy.
5. Allah menajdikan Loh Mahfuz.
6. Allah menajdikan malaikat Jibrail.
7. Allah menciptakan Nabi Adam.
8. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Adam.
9, Nabi Idris diangkat ke langit.
10. Allah melabuhkan bahtera Nabi Nuh di Bukit Judi (ada sandarannya – hadis riwayat Imam Bukhari).
11. Nabi Ibrahim dilahirkan.
12. Nabi Ibrahim diselamatkan daripada api.
13. Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara.
14. Nabi Yaaqub pulih daripada buta.
15. Penyakit Nabi Ayyub disembuhkan.
16. Nabi Musa diselamatkan daripada Firaun di Laut Merah.
17. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa.
18. Nabi Yunus dikeluarkan daripada ikan.
19. Allah ‘mengangkat’ Nabi Isa.
20. Saiyidina Hussin syahid di medan Karbala (disahkan oleh para sejarahwan).

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura :

1.Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
2.Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
3.Memuliakan fakir miskin
4.Menahan marah
5.Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
6.Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
7.Bersedekah
8.Memelihara kehormatan diri
9.Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
10.Bercelak
11.Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
12.Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
13.Menjamu orang berbuka puasa

ASAL-USUL BUBUR ‘ASYURA MASYARAKAT MELAYU

Disebutkan dalam kitab:
1. Nihayatuz Zain (Syeikh Nawawi Banten ms 96)
2. Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman Al-Usfuri ms 172)
3. Jam’ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani ms 132)

… bahawa ketika bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi, baginda menyuruh kaumnya mengumpullkan barang makanan yang ada. Antara bahan yang dapat dikumpulkan ialah kacang baqila’/ kacang ful, kacang adas, ba’ruz , tepung , kacang hinthoh dan lain-lain. Semuanya ada tujuh jenis bijian lalu dimasak.

Dalam syair Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pula dinyatakan:

“Pada Hari ‘Asyura ada 7 yang dimakan iaitu gandum (tepung), beras, kemudian kacang mash (kacang kuda), dan kacang adas (kacang dal). Dan kacang himmash (kacang putih), dan kacang lubia (sejenis kacang panjang) dan kacang ful.”

Sandaran sebegini tentunya tidak kukuh, namun tidaklah jadi kesalahan kepada sesiapa yang ingin memasak, menjamu atau memakan bubur yang dinamakan bubur ‘Asyura itu. Biasanya bubur ini disediakan secara beramai-ramai. Antara manfaat yang diperolehi ialah pahala bersilaturrahim, pahala bergotong-royong, pahala memberi orang makan memberi gambaran perpaduan umat Islam kepada orang bukan Islam, dan sebagainya.



p/s: menunggu waktu untuk bersahur :)